CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

me.diyanna.n u?

me.diyanna.n u?

simple words

simple words

Monday, June 6, 2011

cantikkan diri,anggunkan hati..:)

Assalamualaikum..entry kali ni juz nak share pendapat dari dri sy n some quote dri org len..
okeh,kdg2 mungkin kite rase yg diri kite da ckup cantik n sempurna esp. bile da make-up n pki lawa2 rite??:) xsalah sume tu sbb kecantikan tu sendiri da sinonim dgn org perempuan kan..n maybe kite penah memuji kecantikan org len jugak kan..da lumrah hidup,Allah dah menciptakan umatnya sebaik yang mungkin so kite kene terima la seadanya walau macam mane skalipon diri kita.ok.tapi,pernah x kite t'pikir bagaimana keadaan hati kita sendiri tatkala kite sibuk m'perelokkan diri serta pesonaliti kita untuk tatapan org ramai???Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita.

Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu (hati). (Au kama qal)

Menurut ape yg sy bce, hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu. Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. Dan Qalbu pula bermaksud berubah-ubah. Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam. Normal la kan setiap org mesti ade perasaaan camni, n xt'kecuali me,myself..hehe Actly,semua ni berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan berkurang. Sekiranya hati kite bersih, maka baiklah perilaku kite tanpa dipaksa-paksa dan sekiranya kotor hati kite, maka buruklah perangai kite. Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk. Haa, yang ni kite bole tgok dlm kehidupan seharian kite rite?kdg2 mood kite or kwn2 elok, tapi kdg2 tetibe je nak angin bagai kan...wink2 ;)

Ok,kalau kite ari2 cuci wajah kite atau badan dengan pelbagai pencuci muka la, scrub la,losyen la n mcm2 lg lah..bagaimana dengan hati kite? Camne kite nak cuci? Bila perlu dicuci?Soo....bace yg bwh ni,...:)

3 Jenis Hati

Sebelum tu jom kite kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.

Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Yup, kedua-duanya nampak jelas kan?

Begitulah diibaratkan hati kite yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kite akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.

Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.

Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.

Namun, jauh di sudut hati kite, ada sedetik rasa yang kite mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.Buanglah rase ego yg tinggi tu n jgn rse bongkak n angkuh untuk mengaku salah diri sendiri (peringatan utk diri sendiri jugak) sama ade t'hdp kawan2,family n yg paling penting t'hdp Allah..n ingatlah kite xdilahirkan 100% sempurna tapi jgn seskali jadikan kekurangan kite tu sbgai alasan dlm m'atasi hal2 yg cmni..

Bertaubatlah, kerana sedetik kite mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kite dengan kasih sayang-Nya, yakinlah dengan cinta Allah. Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. memang diakui yang hati kite ni kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin.

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yanhg bersih dan jagalah ia selalu.

Bila hati da anggun,so diri kite pon anggun lah!:)


0 comments: